Tuesday 6 March 2012

need a short break

hello,penang!
I will come to you on next next weekend:)
Nak chillax kat mana yeh?
Any suggestion?

Saturday 3 March 2012

Thursday 1 March 2012

kamu percaya sama impian kamu?seberapa dalam?

hi bulan Mac!

Semua orang ada impian.Semua orang layak berimpian.Semua orang buat impian.
Sama macam saya.Setiap bulan saya buat impian.
Actually,lebih kepada Goalsetting.
Bulan ni,apa nak capai,bulan depan apa nak capai.Setiap bulan pun bersemangat utk mencapai goalsetting.
Malangnya dan selalunya,bila nak buat goalsetting baru,goalsetting lama pun belum tercapai.
Lalu,berfikir sejenak,dimana silapnya?
Apakah tiada usaha mencapai goalsetting?Atau,goalsetting belum cukup realistic?Atau pun,mungkin rezeki belum sampai?
Ya,mungkin juga.
Tetapi,setelah saya mula belajar berjinak-jinak membaca buku Berani Gagal karangan Billy Lim,saya mendapat suatu idea baru iaitu;PERCAYA.

PERCAYA bukanlah hanya sekadar PERCAYA.
percaya perlu datang dengan rasa.bukan sekadar sebutan atau fikiran.

bila berimpian,kita perlu setkan matlamat kita dan,kita perlu PERCAYA SEBELUM BENAR-BENAR MENCAPAI IMPIAN.

Contoh,jika bulan Mac ini,anda set matlamat utk dpt RM20K sebagai income anda,anda perlu PERCAYA anda PASTI DAPAT!!!!

Ada org pernah tanya macamana nak timbulkan percaya?jawapannya;RASAKAN IA!!!

Maksudnya,dengan sepenuh hati tuliskan kenapa anda perlu dapatkan income sebanyak itu.bagaimana anda boleh dapatkannya secara teknikal.apakah cara untuk anda dapatkannya.apakah strategi dan rancangan anda untuk dapatkannya?bila tarikh akhirnya?
TULISKAN KESEMUANYA di dalam buku peribadi anda.
Semua perkara di atas perlu ditulis dengan hati,sepenuh hati,bukan separuh hati.

saya pasti segala tindakan anda selepas itu,pasti ke arah mencapai impian anda.pasti ke arah matlamat anda.

kita perlu "hidup" di dalam impian kita.kita perlu tegas dengan impian kita.kita perlu benar-benar yakin dan tidak goyah dengan apa yang kita mahukan.Kerana,ramai antara kita jarang berimpian yang tidak baik.Selalunya,kita berimpian demi orang-orang tersayang.Jadi kenapa harus malu untuk berimpian??Berbanggalah kerana kita mampu berimpian.
Percaya dengan sepenuh hati dan yakin dengan impian kita!
Segala tindakan kita insyaAllah selepas itu akan jadi lebih lebih bermakna.Doa kita akan menjadi lebih spesifik dan mendalam.Kerana ianya datang dari rasa yang dilahirkan dariNya.

Pernah dengar term LAW OF ATTRACTION??
Setiap pagi,bila bangun dari tidur,apa sahaja yang berlegar dalam otak kita,adalah apa yang kita mahu fikirkan.apa yang kita fikirkan itulah akan menarik mood kita sehingga petang dan malam menjelma.Jadi untuk rasa hebat,kita perlu set otak kita untuk berfikiran hebat.dan begitulah juga sebaliknya!

Bagi saya apa yang saya percayakan pada awal bulan ini akan membantu saya untuk menjadikan result saya lebih hebat pada penghujung bulan ini.Cuma yang penting saya perlu pertama sekali percaya 100% dengan kejayaan yang saya bakal kecapi di penghujung bulan ini.
orang kata VISUALIZE YOUR DREAM.Barulah tindakan-tindakan saya akan disasarkan ke arah mencapai impian saya.

Konsep percaya sangat-sangat penting kawan-kawan.
Jika kita hanya ada goal setting dan tindakan tanpa percaya,ibaratnya seperti mayat hidup.

Dengan ini,kuseru namamu (yang mengikuti blog ini),supaya jangan sekadar berimpain tetapi perlu percaya bahawa impian itu akan terlaksana.TULISKAN IMPIANMU.

Semoga kita sama-sama berjaya di dalam setiap perkara yang kita usahakan.
Jangan putus harapan,dengan ilmu dan usaha yang kita ada untuk sampai kepada impian kita,pasti-pasti lambat atau cepat impian kita pasti jadi kenyataan.
Ha,jangan lupa buat dateline!Takut nanti jadi impian Mat Jenin pula.

Terima kasih kerana membaca.Sekadar perkongsian sesama sahabat.