Thursday, 9 February 2012

Rintihan hati untuk sahabatku

Ya Allah Ya TuhanKu,Kau perkuatkanlah semangatku dalam menghadapi setiap ujianMu.

Aku tak minta banyak.Hanya satu pengertian bahawa aku sedang berjuang.Terasa amat kecewa bila sang sahabat memandang perjuanganku hanya sekadar mengejar duit.Andai kau tahu sahabat,perjuanganku bukan sekadar duit.Aku mahu lebih dari itu.Aku mahu jadi HARTAWAN YANG DERMAWAN.Kalau sekadar wang yang dikejar,Lebih baik aku teruskan bekerja dengan orang.Bukan senang sahabat,untuk mengejar impian yang satu ini.Aku perlu melabur banyak masaku,tenagaku,wangku hanya kerana aku bermimpi akan ada satu empayar besar buatku sekurang-kurangnya dalam masa 5 tahun akan datang.Aku sangat sangat perlu mempergunakan masaku untuk perkara-perkara yang lebih penting.
tahukah kamu namamu sentiasa subur dihatiku.Aku sangat sangat senang hati melihat kamu bahagia.Tahukah kamu,aku akan amat amat risau saat kau dalam kesusahan?Aku bukan orang yang terlalu baik atau alim,lansung tidak.Tapi percayalah sahabat,saat kau berduka,aku pasti disisi.Aku pohon beri aku satu pengertian dan sokongan walau bukan secara fizikal tetapi cukup sekadar kau hormati perjuanganku.Sejujurnya,tuduhanmu sangat berat dan buat hatiku agak terluka.Pun begitu,aku sayang kamu sahabat,dunia akhiratku.

Impianku lebih dari mahu kejar wang ringgit.Aku mahu jadi tempat kau mengadu saat kau dihimpit kesusahan.Impianku mahu jadi berguna dan berjaya kepada keluargaku,agamaku,bangsaku dan negaraku.Aku sudah nampak jalanku dengan jelas.Andai kau tak mampu jadi lampuku saat aku dalam kegelapan,cukuplah sekadar berdoa aku tidak terpesong atau tersalah arah.Tolong,jangan hukum aku kerana pertama kalinya aku mengatakan tidak kepada hasratmu.Impianku mahu bantu orang kurang kemampuan.Impianku mahu jadi bebas kewangan dan masa.
Kenapa?Kerana dengan bebas kewangan aku tidak perlu lagi risau untuk memberi,tidak perlu risau untuk ada lebih banyak masa dengan orang kesayanganku:keluargaku,saudara mara dan sahabat handai dan rakan taulan.
beritahu aku jika aku salah.beritahu aku.beritahu aku.


No comments:

Post a Comment