Friday, 3 February 2012

Saya pasti berjaya!

Hari ini,aku dan teman-teman seperjuangan meraikan kejayaan seorang sahabat.

Sahabatku ini telah berjaya mencapai impiannya,terserlah senyuman manis diwajahnya,Betapa aku terkesan melihat riak gembira itu.Aku benar-benar gembira dan rasa bersemangat mahu menurut jejak langkahnya bergelar seorang insan hebat yang memiliki pendapatan 5 angka sebulan.Bukan wang ringgit jadi ukuran tetapi perjalanan mencapai impian itulah yang paling ingin kurasai.Perjalanan onak duri penuh ranjau yang bila dikenang bagaikan permata yang takkan pudar,setiap kejayaan pastinya datang dengan seribu kesusahan dan kepayahan.Begitulah yang aku perhatikan sepanjang perjalanannya menuju impian nan satu.
Menitis airmata mendengar ucapannya.Halangan pertama kami serupa.Itu yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk mengikut jejaknya.Ya Allah,aku pohon,beri aku peluang menjadi insan hebat dari segi kewangan dan sahsiahnya.Ya Allah,kupohon dariMu,lembutkan hati insan-insan kesayanganku untuk terus memberi sokongan kepadaku.Benar,aku mahu berjaya!Aku mahu jadi usahawan hebat.
Sahabatku ini berpesan,fokus kepada apa yang kita mahukan,jangan biarkan ada orang merampas impianmu.Buatlah yang terbaik di dalam apa sahaja yang kita lakukan.Semangat sahaja tidak cukup.Perlu ada tindakan.Ya Allah,permudahkan dan perluaskan pintu rezekiku.Aku benar-benar ingin menjadi HARTAWAN.
Kenapa aku perlu jadi HARTAWAN?
-impianku sangat sangat kuat untuk bergelar usahawan wanita dengan pendapatan bulanan 5 digit sekurang-kurangnya pada usia 29 tahun.
-aku benar-benar ingin mempunyai sebuah empayar perniagaan yang boleh memberi pendapatan pasif RM1 juta menjelang usiaku 33 tahun.
-aku benar-benar mahu melahirkan lebih ramai jutawan dengan integriti keusahawanku menjelang usia 29 tahun,sekurang-kurangnya 3 orang usahawan lagi.
-aku ingin punyai lebih banyak masa dengan orang tersayangku,boleh beri apa sahaja yang dihajati oleh adik-adik dan ibu-ibu bapaku dengan hasil titik peluhku menjelang usia 29 tahun.jadi aku perlu berharta dan punya banyak masa.
-aku sangat ingin memandu kereta idamanku Porsche Panamera Turbo sekurang-kurangnya pada usia 32 tahun.nak pakai Porsche kena ada dalam akaun sekurang-kurangnya RM500,000 bro!
-ingin benar ada sekurang-kurangnya lebih daripada 5 portfolio income melalui perniagaan sekarang ini.-hartanah,saham,bisnes konventional dan sebagainya,supaya bebas kewangan.
-aku juga sangat sangat ingin punya sebuah keluarga bahagia dengan *ahem2* apabila saatnya telah tiba.Ingin punya masa uruskan anak-anak dengan tangan sendiri,mahu jadi menantu kesayangan dan juga anak kesayangan yang boleh diharapkan saat kedua-dua belah orang tua perlukan kami.;p

 Untuk jadi HARTAWAN bukan senang.Bukan sekadar modal yang diperlukan.Tetapi aku amat perlukan bisnes partner yang betul dan juga ilmu yang bermanfaat.Ilmu,ilmu,ilmu,sangat sangat penting.Bukan ilmu yang ada dalam buku tetapi ilmu tentang kehidupan.Terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari.Ya Allah,terangkanlah hatiku.Aku sangat-sangat ingin berjaya dan jadi berguna."I AM SOMETHING TO EVERYONE".

Semoga kejayaan sahabatku tadi bakal jadi pencetus semangat untuk aku jadi lebih tabah dan bahagia.Amin.Jangan mudah mengalah dengan usaha!!!Allahuakbar!!!
















2 comments: